KARANGAN TUNGGANG LANGGANG ! HAHA :)

Selamat membaca :)

Suatu petang yang indah , saya telah menemu bual rakan saya yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah baru-baru ini . 

Maizan : Assalamualaikum Mimi . Awak ada di rumah tak ?

Mimi : Waalaikummusalam Maizan . Ye , saya ada di rumah . Jemputlah masuk ke dalam . 

Maizan : Terima kasih . Awak apa khabar sekarang ? Sihat tak ? 

Mimi : Sama-sama . Saya sihat walafiat . Apa tujuan awak datang ke rumah saya ? 

Maizan : Tujuan saya datang ke rumah awak ialah untuk bertanyakan awak rahsia kejayaan awak      sehingga awak berjaya dengan cemerlang sekali dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah baru-baru ini . Kongsilah rahsia awak itu pada saya . 

Mimi : Tentu sekali boleh . Pertama , untuk berjaya awak mestilah selalu rajin mengulang kaji pelajaran . Jikalau awak malas , awak akan rugi besar kerana telah mensia-siakan peluang yang ada di hadapan awak . Selain itu , jika diberi kerja rumah , jangan ditangguhkan . Awak mesti siapkannya kerana ia dianggap sebagai latih tubi di rumah . 

Maizan : Oh , saya faham . Apakah rahsia awak seterusnya ? 

Mimi : Seterusnya , kita hendaklah sentiasa mendengar cakap guru dan ibu bapa untuk mengambil berkat dari mereka . Jangan sesekali membenci guru kerana mereka lah orang yang banyak mencurahkan ilmu kepada saya sehingga saya berjaya . Tanpa mereka semua , saya tidak akan berjaya seperti ini . Tidak lupa juga sokongan dari kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi semangat serta dorongan kepada saya tanpa henti-henti . 

Maizan : Selain mereka semua , adakah faktor lain yang menyebabkan awak berjaya ? 

Mimi : Tentu sekali ada . Rahsai terakhir saya yang ingin saya kongsikan ialah jangan sesekali tinggal solat . Selalu berdoa , bertawakal serta serah diri kepada ALLAH . Insyaallah ALLAH akan membantu kita mempermudahkan segala urusan . Banyakkan solat sunat hajat . Pohon sesuatu kepada ALLAH dan jangan putus asa . 

Maizan : Banyak juga rahsia kejayaan awak . Insyaallah saya akan ikuti . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan . 

Mimi : Sama-sama . Saya gembira dapat berkongsikan rahsia saya kepada awak . Saya juga ingin melihat ramai pelajar berjaya seperti saya . Jadi , apa salahnya jika saya berkongsi ilmu . 

Maizan : Baguslah begitu . Saya pulang dahulu kerana hari pun semakin gelap . Jumpa di lain hari dan terima kasih sekali lagi . Assalamualaikum . 

Mimi : Sama-sama . Waalaikummusalam .

* karangan mase aq form 3 , exam OTI 2 . 
markah aq dapat 33/40
HAHA ! teruk sikett karangan aq , 
arap enjoy aa baca . 
ph baca om , komen ah sikett . 
haha ! 
k bai ! 
doakan aq berjaya dalam PMR  
ASSALAMUALAIKUM SEMUA !

No comments:

Post a Comment